Tuesday 24 January 2012

Bangunan & Binaan di Malaysia

A.Rumah Ibadat
Masjid di Malaysia
Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah
Masjid Wilayah Persekutuan
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki


MASJID KRISTAL


Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

MASJID PUTRA
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Masjid Ubudiah
Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya

Bangunan Bersejarah


A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Memorial Pengisythiran Merdeka
Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan

Bangunan Stadhuys
Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Stesen Kereta Api Taiping

Stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Taiping, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882. Stesen Taiping yang dibina pada tahun 1882 di atas di mana Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama pada ketika ini. Di antara 1890-an ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen aliran landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB memadamkan aliran rel pada 1980-an.
BANGUNAN STADHUYS
STESEN KERETA API TAIPING
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Monday 23 January 2012

Flora dan Fauna di Malaysia

Tumbuh-tumbuhan di Malaysia boleh dibahagikan kepada:
a.Hutan Khatulistiwa
b.Hutan Paya
c.Hutan Pantai
d.Hutan Gunung

HUTAN KHATULISTIWA


Hutan hujan tropika adalah jenis hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu meliputi kira-kira 60% daripada kawasan di Semenanjung Malaysia, dan kira-kira 75 % di Sabah dan Sarawak. Hutan ini biasanya terdapat di kawasan yang tingginya tidak melebihi 1000 meter.

HUTAN KHATULISTIWA@ HUTAN HUJAN TROPIKA



Kepentingan Hutan Hujan Tropika

1.Sumber kayu keras untuk kegiatan pembalakan seperti cengal, merbau, meranti, seraya dan keruing.   
2. Sumber hasil hutan seperti damar, rotan dan herba.
3.Habitat dan perlindungan kepada hidupan liar dan pelbagai jenis tumbuhan.
4.Menggalakkan kegiatan pelancongan dan rekreasi seperti di Taman Negara Pahang, Lembah Belum dan lain-lain.
5.Kawasan tadahan hujan.
6.Menyejukkan dan menyamankan udara. Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen

Hidupan Liar di Hutan Hujan Tropika
Lapisan renjung terdapat kelawar,burung enggang,rama-rama dan lebah.
Lapisan tengah terdapat kera, tupai terbang,burung,musang, orang utan dan lotong.
Lapisan lantai hutan terdapat gajah,harimau,ular,biawak, pelanduk rusa dan seladang
BURUNG ENGGANG

ORANG UTAN

SELADANG


                                                                         LOTONG

HUTAN PAYA
Hutan paya dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
1.Hutan paya air tawar
2.Hutan paya air masin (paya bakau)

Hutan Paya Air Tawar
LANDSKAP PAYA AIR TAWAR

Ciri-ciri
1.Terdapat di kawasan pedalaman yang bersaliran buruk, bertanih gambut dan bertakung air
2.Pokok yang tumbuh biasanya tinggi

Jenis-jenis Tumbuhan
Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.
MENGKUANG
KELADI AIR


GELAM


Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:
- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)

Kawasan
Sekitar Dataran Johor (Johor)
Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)

Keluasan
Hutan ini meliputi 8% daripada kawasan hutan negara kita

Hidupan Air
Ikan, udang galah, ular, biawak, katak

Hutan Paya Bakau 
PAYA BAKAU



Ciri-ciri Utama
Terdapat di kawasan pinggir pantai laut yang berlumpur ,terlindung daripada pukulan ombak dan sering mengalami air pasang dan surut.
Mempunyai akar didalam lumpur untuk membantu proses pernafasan dan menyokong pokok daripada tumbang.

Jenis Tumbuhan
Pokok Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang
BEREMBANG
GEDABU


Kawasan
Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah

Keluasan
Hutan bakau meliputi 95% kawasan pinggir laut pantai barat Semenanjung

Hidupan Air
Ikan, ketam, kerang, udang, sotong. lokan dan siput


Hutan Pantai
LANDSKAP HUTAN PANTAI


Kawasan

Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:

Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)
Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
Pantai Desaru (Johor)
Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
Pantai Pulau Sipadan (Sabah)
PULAU SIPADAN


Kepentingan hutan pantai
1.Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
2.Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
3.Kawasan rekreasi dan pelancongan

Hidupan Liar
Habitat utama bagi binatang kecil dan serangga.
Kera,ular biawak tupai,burung dan serangga.

Hutan Gunung
LANDSKAP HUTAN GUNUNG
Ciri-ciri Utama
Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)
Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :

Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)
Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok rhododendron)
PERIUK KERA
Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput, pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk kera)) Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)
BORNEAN EYE BRIGHT


Jenis Hidupan (Fauna)
Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang, katak, burung dan serangga).
Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)
FERRET BADGER


Kawasan
Gunung Kinabalu (Sabah)
Banjaran Crocker
Banjaran Titiwangsa
Pergunungan Iran
Banjaran Tama Abu
Banjaran Tahan, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron (Pahang) Gunung Jerai (Kedah)


Sunday 22 January 2012

Iklim di Malaysia

  1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Ciri-ciri iklim di Malaysia :
    1. suhu
    2. angin
    3. hujan
  3. Suhu di Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun.
  4. Purata suhu di Malaysia adalah 27ºC
  5. Perbezaan suhu setiap bulan adalah kecil iaitu 1ºC hingga 2ºC  
  6. Malaysia menerima tiupan angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
  7. Angin Monsun Timur Laut Bertiup antara bulan November hingga Mac.
  8. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga September.
  9. Angin Sumetera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober
  10. Hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.
  11. Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.
  12. Jumlah hujan di Malaysia ialah 2600 mm setahun. 

Wednesday 18 January 2012

Tasik & Pulau di Malaysia

For more info on Tasik Bera click here TASIK BERA



Terletak di barat daya Pahang, Tasik Bera adalah tasik air tawar semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur Semenanjung dan kira-kira 35km panjang dan 20km luas. Tasik Bera kekal tanah lembap yang unik dan pedalaman hutan belantara, yang dikelilingi oleh campur aduk hutan pamah kering.



 TASIK KENYIR
Terletak di kawasan pedalaman di Terengganu dan merangkumi lebih daripada 209, 199 hektar, Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Berkongsi sempadan dengan Kelantan di barat dan Pahang di selatan, tasik yang besar ini juga berfungsi sebagai satu lagi pintu ke Taman Negara.

Tasik Kenyir. FOR MORE INFO CLICK HERE TASIK KENYIR
Dengan kira-kira 340 pulau yang dahulunya puncak bukit dan tanah tinggi, lebih daripada 14 air terjun, beberapa jeram dan sungai-sungai, Tasik Kenyir juga rumah kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan hidupan liar eksotik. Kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna, sempadan yang luas membawa kepada penemuan dan pengembaraan yang tidak berkesudahan. Landskap yang indah kehebatan semulajadi dan ketenangan yang tenang mengubah Tasik Kenyir ke percutian yang paling sesuai untuk warga kota. Tasik Kenyir adalah tempat yang sempurna untuk percutian pengembaraan.




PULAU DI MALAYSIA
PULAU REDANG

Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.
PULAU LANGKAWI
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.
PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.
PULAU SIPADAN
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.

PULAU TIOMAN
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.









Monday 9 January 2012

Gua di Malaysia

BATU CAVES
Batu Caves Temple  klik here for more info on Batu Caves

Batu Caves terletak 13km (tujuh batu) di utara ibu kota Kuala Lumpur. Ianya adalah tempat suci bagi kaum Hindu di Malaysia selain menjadi tempat pelancongan utama kepada pengunjung dari luar negara. terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa lagi yang lebih kecil. Gua-gua tersebut diperbuat daripada batu kapur dan 400 meter panjang dan 100 meter tinggi.


Hutan Rekreasi Bukit Kubu


Hutan Rekreasi Bukit Kubu adalah tempat yang bagus untuk berehat dan bersantai. Mana-mana sahaja anda melihat, bukit ini menawarkan pemandangan panorama sawah padi, bukit hijau ke utara menuju ke Thailand, ladang-ladang tebu dan gugusan pulau-pulau barat dan selatan yang Langkawi merupakan keistimewaan tempat ini. Taman rekreasi adalah gua batu kapur semulajadi di  Wang Pinang.

                                               Sam Poh Tong Temple

Sam Poh Tong ialah sebuah kuil gua terkenal yang terletak di Gunung Rapat, kira-kira 5km selatan Ipoh. Ia dikatakan menjadi kuil gua terbesar di negara ini, dan merupakan karya seni yang menarik dengan pelbagai patung-patung Buddha yang diiringi antara stalaktit dan stalagmit.




Friday 6 January 2012

TANAH PAMAH



Antara ciri-ciri tanah pamah ialah:
1. Ketinggiannya kurang daripada 200 m.
2.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium

Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut.

Antara kawasan tanah pamah utama ialah:

Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai Muar.
Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.


(a) Dataran Kedah - Perlis


Dataran Kedah-Perlis
·                     diliputi tanih aluvium
·                     berpenduduk padat
·                     penting untuk penanaman padi


(b) Dataran Johor            

·                     beralun dan berbukit-bukau
·                     mempunyai hutan paya
·                     ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah

(c) Delta Kelantan

·                     diliputi tanih aluvium
·                     penting untuk penanaman padi
(d) Delta Rajang

·                     diliputi tanih aluvium
·                     penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) kawasan pertanian - diliputi tanih aluvium, penting untuk padi
- bersaliran baik sesuai untuk penanman getah dan kelapa sawit

b) kawasan perlombongan - Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta
Perlombongan bijih timah di Lembah Kinta


c) Tapak petempatan - menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Klang

d) kawasan perindustrian - kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah
seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan - tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan
pengangkutan



Monday 2 January 2012

Bentuk Muka Bumi

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

1.Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, 
lembangan, dan pinggir laut.

2.Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak. 



(A)Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.
2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
4. Terletak di
i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:
                    



i) Banjaran Bintang

·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
·                     Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
ii) Banjaran Titiwangsa

·                     Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
·                     Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)
·                     Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk
·                     Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron
iii) Banjaran Tahan

·                     Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)
iv)Banjaran Crocker

·                     Banjaran yang tertinggi di Sabah
·                     Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu
Tanah Tinggi Cameron
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan
- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron

http://www.cameronhighlands.com/


b) kawasan tadahan air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) sumber kayu balak
- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti
keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) kawasan pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT

1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula
dari Pusaran Pamir di utara India.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada
proses lipatan kerak bumi.
3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga
menyebabkan kerak bumi berlipat.
4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang 
akan membentuk gunung lipat.
5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh
membentuk lurah, lembah, atau lembangan.

 


6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut :

GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
- tinggi dan kasap
- tidak stabil

GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- lebih rendah
- stabil