Tuesday 24 January 2012

Bangunan & Binaan di Malaysia

A.Rumah Ibadat
Masjid di Malaysia
Masjid merupakan rumah ibadat untuk umat Islam. Di Malaysia, masjid-masjid kebanyakannya mempunyai senibina yang menarik sehingga menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang ingin melihat keindahan Malaysia. Antara masjid yang tercantik di Malaysia ialah
Masjid Wilayah Persekutuan
Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki


MASJID KRISTAL


Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.

MASJID PUTRA
Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.

Masjid Ubudiah
Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya

Bangunan Bersejarah


A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Memorial Pengisythiran Merdeka
Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan

Bangunan Stadhuys
Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.

Stesen Kereta Api Taiping

Stesen keretapi Taiping merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Taiping, Perak, Malaysia. Stesen ini menyediakan perkhidmatan KTM Antarabandar. Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882. Stesen Taiping yang dibina pada tahun 1882 di atas di mana Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama pada ketika ini. Di antara 1890-an ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Stesen itu adalah satu daripada stesen aliran landasan keretapi Taiping-Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) hingga KTMB memadamkan aliran rel pada 1980-an.
BANGUNAN STADHUYS
STESEN KERETA API TAIPING
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN

No comments:

Post a Comment