Monday 2 January 2012

Bentuk Muka Bumi

BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

1.Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, 
lembangan, dan pinggir laut.

2.Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan
bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak. 



(A)Tanah Tinggi

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua.
2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur.
4. Terletak di
i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.
6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:
                    



i) Banjaran Bintang

·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
·                     Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta
ii) Banjaran Titiwangsa

·                     Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
·                     Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m)
·                     Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk
·                     Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron
iii) Banjaran Tahan

·                     Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
·                     Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)
iv)Banjaran Crocker

·                     Banjaran yang tertinggi di Sabah
·                     Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu
Tanah Tinggi Cameron
KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

a) pusat pelancongan
- suhu yang sederhana menarik pelancong seperti Tanah Tinggi Cameron

http://www.cameronhighlands.com/


b) kawasan tadahan air
- menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.

c) sumber kayu balak
- diliputi oleh hutan hujan tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti
keruing dan Meranti.

d) pusat jana kuasa hidroelektrik
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidroelektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras.

e) kawasan pertanian
- iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana.

SISTEM GUNUNG LIPAT

1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula
dari Pusaran Pamir di utara India.
2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada
proses lipatan kerak bumi.
3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga
menyebabkan kerak bumi berlipat.
4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang 
akan membentuk gunung lipat.
5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang boleh
membentuk lurah, lembah, atau lembangan.

 


6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut :

GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
- tinggi dan kasap
- tidak stabil

GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu
- lebih rendah
- stabil


No comments:

Post a Comment