Sunday 22 January 2012

Iklim di Malaysia

  1. Malaysia mengalami iklim jenis khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
  2. Ciri-ciri iklim di Malaysia :
    1. suhu
    2. angin
    3. hujan
  3. Suhu di Malaysia adalah tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun.
  4. Purata suhu di Malaysia adalah 27ºC
  5. Perbezaan suhu setiap bulan adalah kecil iaitu 1ºC hingga 2ºC  
  6. Malaysia menerima tiupan angin Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya.
  7. Angin Monsun Timur Laut Bertiup antara bulan November hingga Mac.
  8. Angin Monsun Barat Daya bertiup antara bulan Mei hingga September.
  9. Angin Sumetera bertiup antara bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober
  10. Hujan di Malaysia dipengaruhi oleh tiupan angin monsun.
  11. Oleh itu, Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.
  12. Jumlah hujan di Malaysia ialah 2600 mm setahun. 

No comments:

Post a Comment