Friday 6 January 2012

TANAH PAMAH



Antara ciri-ciri tanah pamah ialah:
1. Ketinggiannya kurang daripada 200 m.
2.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium

Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut.

Antara kawasan tanah pamah utama ialah:

Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah lebih luas dan panjang.
Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.
Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai Muar.
Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.
Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.
Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan Dataran Pahang.
Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.
Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama.
Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Bnajaran Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.
Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.
Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan Delta Rajang.


(a) Dataran Kedah - Perlis


Dataran Kedah-Perlis
·                     diliputi tanih aluvium
·                     berpenduduk padat
·                     penting untuk penanaman padi


(b) Dataran Johor            

·                     beralun dan berbukit-bukau
·                     mempunyai hutan paya
·                     ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah

(c) Delta Kelantan

·                     diliputi tanih aluvium
·                     penting untuk penanaman padi
(d) Delta Rajang

·                     diliputi tanih aluvium
·                     penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

a) kawasan pertanian - diliputi tanih aluvium, penting untuk padi
- bersaliran baik sesuai untuk penanman getah dan kelapa sawit

b) kawasan perlombongan - Timah aluvium banyak di lombong di Lembah Kinta
Perlombongan bijih timah di Lembah Kinta


c) Tapak petempatan - menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Klang

d) kawasan perindustrian - kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah
seperti di Lembah Klang

e) Jaringan pengangkutan dan perhubungan - tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan
pengangkutan



No comments:

Post a Comment